Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, menggesa kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan tegas terhadap sindiket yang dikatakan telah membuka ladang seluas hampir 400 hektar secara haram di hutan simpan bagi tujuan penanam kelapa sawit.
"Kerajaan negeri tidak lagi boleh setakat bercakap tanpa bertindak. YB Ng Sue Lim harus menggesa kerajaan Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas. ADUN Sekinchan itu juga wajar membuat laporan polis."