Penulis sungguh terkejut mendengar cadangan Menteri Besar Selangor untuk mewujudkan kabel bawah tanah bagi laluan Projek CAR. Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV.
Kita ingin bertanya kebijaksanaan apa yang Kerajaan Selangor cuba tunjukkan apabila masih ingin menukar laluan projek walaupun telah 98 peratus siap? Mahkamah juga telah memutuskan bahawa Kerajaan Negeri dan TNB berhak meneruskan laluan tersebut. Yang sepatutnya dibuat sekarang ialah merundingkan pampasan untuk penduduk terbabit bukannya bermain tarik tali mencari populariti.
Apakah hanya kerana ia di bantah oleh penyokong DAP maka Tan Sri Khalid tersepit?