Speaker DUN Selangor, YB Teng Chan Kim hari ini mengarahkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan empat lagi ADUN BN, Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali) daripada membuat sebarang kenyataan akhbar berhubung dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN).
Jawatankuasa tersebur hari ini memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk memberi keterangan dan pembelaan atas dakwaan menghina DUN Selangor kerana didapati telah melanggar hak kebebasan Dewan apabila memberi keterangan media yang menyentuh mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), baru-baru ini.
Selcat ditubuhkan dengan kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-
Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).
Arahan ini sungguh aneh dan luar biasa kerana sebelum ini Teng menggunakan SELCAT dan kedudukannya sebagai Speaker DUN untuk memburukkan wakil rakyat BN secara terbuka.